Salam,
Untuk tahun kedua, Ansara Terendak akan turut serta menjayakan Program Derma Darah Pra-Ramadhan 2009 bersama dengan chapter ANSARA yang lain di 27 lokasi di seluruh negara. Untuk tahun ini, Ansara Terendak memilih untuk menjayakannya di Jusco Equine Park, Sri Kembangan, Selangor.
Bagaimana anda boleh turut serta?
1. Hadir sebagai penderma darah di Jusco Equine pada 14, 15 dan 16 Ogos 2009.
2. Cetak poster dan tampalkan di pejabat/IPT/ kolej/komuniti anda.
3. Sebarkan info ini melalui email, Facebook, sms, blog dll
Semoga bekalan darah yang dapat dikumpulkan cukup untuk menampung keperluan semasa musim puasa dan raya ini.
Terima kasih
