*
Your Ad Here
Pages: [1]   Go Down
Author Topic: BERKHATAN LEBIH BAIK DILAKUKAN KETIKA MASIH BAYI  (Read 600 times)
G0zen
Administrator
*****

Karma: +21/-0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 137



« on: 20 September, 2009, 05:46:42 PM »

BERKHATAN atau juga dikenali sebagai bersunat merupakan satu prosedur pembedahan kecil biasa dan ia perlu dilakukan oleh seorang Islam tanpa mengira jantina.



Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih.
Adat ini akan dijalankan oleh bidan dan kini hospital dan klinik perbidanan turut menyediakan khidmat khatan untuk bayi atau kanak-kanak perempuan .

Cara yang wajib bagi perempuan ialah dengan memotong daging yang ada di sebelah atas faraj yang seakan-akan bonggolan atau jambul di kepala ayam jantan. Yang lebih afdhal ialah dengan memotong sedikit sahaja dari daging itu.
Bagi kanak-kanak lelaki pula, majoriti ibu bapa memilih umur kanak-kanak antara 7 hingga 12 tahun untuk bersunat, tetapi ada juga ibu bapa yang menyunatkan anak mereka dalam tempoh sebulan selepas anak itu
lahir.

Ketua pegawai perubatan merangkap penasihat perubatan antara bangsa Sunathrone Bio-Medical Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Tasron Surat berkata, amalan perubatan moden melihat umur antara sehari hingga sebulan adalah yang terbaik untuk bersunat. Ini kerana hari kedua selepas bayi dilahirkan adalah waktu terbaik kerana dapat mengurangkan kesakitan bayi.
“Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah, berbanding kanak-kanak yang disunatkan pada usia lebih tua kerana pada usia kurang dari satu bulan, kesakitan yang dirasai tidak sesakit berbanding umur selepas sebulan,’’ katanya.

Menurut Dr. Mohd Tasron, kanak-kanak lelaki berusia enam atau tujuh tahun menjadi lebih lasak dan pada usia ini mereka sudah merasai kesakitan dan sukar membendung perasaan tersebut.

“Bagi bayi, proses penyembuhannya lebih cepat mengambil masa kira-kira tiga hingga empat hari sahaja,’’ tambahnya. Selain dapat menjimatkan kos kenduri, anak-anak yang disunatkan pada usia 10 hingga 12 tahun juga sudah pandai meminta hadiah seperti alat permainan video apabila disunatkan, tentunya ini akan memeningkan kepala ibu bapa,’’ katanya sambil bergurau
Logged

Sila Berforum Dengan Berhemah

Powered by KLIA Community

anGah
Newbie
*

Karma: +0/-0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 16



« Reply #1 on: 27 September, 2009, 02:53:32 PM »

aku setuju dgn artikel dkt atas G0zen...klu ko pegi hospital swasta doktor2 galak2 anak2 lelaki disunat masa bayi...luka cepat sembuh dan tidak terasa sakit...contohnya anak aku dulu sunat mase dia baby gak dlm 3 hari gituler umur dia..masa doktor sunatkan tuh aku tgk dia selamba aje tido..x rasa sakit pun...nak jaga pun mudah...

anyway nasihat ni hanya sesuai utk anak lelaki yg "anu" nye nmpk ler....jgn yg masih tenggelam lg...hehehe  Tongue
Logged


Ibnu
Jr. Member
**

Karma: +0/-0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 73



« Reply #2 on: 10 October, 2009, 11:34:43 PM »

ko dh berkhatan blm anGah...heheheh  Tongue
Logged

"Islam is the Way Of Life"

KLIA-COMMUNITY
   

 Logged
Pages: [1]   Go Up
Print
 
Jump to:  

TinyPortal v1.0 beta 4 © Bloc
Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC | Theme PS-Black By Fussilet

Page created in 0.162 seconds with 38 queries. (Pretty URLs adds 0.007s, 2q)