*
Your Ad Here
Pages: [1]   Go Down
Author Topic: Soalan - soalan mengenai Islam dan tanda2 kewujudan ALLAH  (Read 133 times)
~yatt~
Global Moderator
*****

Karma: +0/-0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 31



« on: 09 December, 2009, 05:59:39 PM »

Part 1

Islam Agama Susah ?

Soalan detail: Islam agama susah kerana – Solat 5 kali sehari, puasa, zakat, tutup aurat, tak boleh makan ##### tak boleh
minum arak, dll.


2:185 “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”

4:28 “Allah hendak meringankan (beban) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah”

22:78 “Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”

2:286 “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”

Hadith Bukhari 8:6125 “Permudahkan jangan disusah-susahkan. Gembirakan jangan ditakut-takutkan”

Hanya sedikit benda yang diwajibkan dan diharamkan, contohnya arak. Bayangkan jika arak halal, apa akan jadi dengan
manusia keseluruhannya sekarang?

2:216 Boleh jadi benda yang kita benci adalah baik untuk kita, dan benda yang kita suka adalah buruk untuk kita.

Analogi: Budak kecil dan api; Kita diwajibkan ke sekolah

Sebagai kanak-kanak yang masih kecil, kebiasaannya mereka tidak faham kenapa ibubapa mereka melarang atau
menyuruh melakukan sesuatu perkara, sbg contohnya, bermain api atau pergi ke sekolah. Begitu juga manusia. Setiap
larangan Allah itu ada sebab musababnya yang tersendiri. Sebahagian daripadanya mudah untuk kita fahami.
Sebahagian yang lain memerlukan kajian jika hendak difahami.

Adalah tidak menjadi kesalahan untuk mengkaji hikmah (sebab musabab) sesuatu perkara itu sama ada disuruh atau
dilarang oleh Allah. Juga bukanlah kesalahan jika seseorang menerima suruhan dan larangan Allah tanpa memerlukan
apa-apa penjelasan (terima bulat-bulat) . Cuma apabila kita berdepan dengan seseorang yang mempunyai masalah
untuk menerima suruhan atau larangan Allah, maka adalah satu kelebihan jika kita tahu bagaimana hendak menjelaskan
hikmah-hikmah tersebut.


Persoalan tambahan oleh Atheist: “Lebih baik tidak ada agama supaya tidak terikat dengan apa-apa peraturan”

Analogi: Peraturan jalan raya

Bayangkan jika secara tiba-tiba semua peraturan jalanraya dihapuskan. Tidak perlu ikut lampu isyarat. Semua
kenderaan boleh dipandu mengikut arah yang dikehendaki. Maka apakah yang berlaku kepada kita semua?


Semua Agama Sama?

3:19 Agama di sisi Allah adalah Islam

3:85 “Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya…”

4:48,116 Dosa syirik adalah dosa terbesar


Konsep tuhan yang berbeza dengan agama-agama lain

-Islam: Allah adalah Esa (112:1); Allah tiada rupa (112:4); Allah tidak mengantuk dan tidak tidur (2:255)

-Kristian: Tuhan adalah trinity; Jesus mempunyai rupa; Tuhan berehat selepas mencipta alam (Genesis 2:2, Exodus
31:17)

-Hindu: Tuhan ada banyak; Ganesha mempunyai bentuk gajah

Islam mengajar cara untuk capai kebaikan

-Islam adalah satu-satunya agama yang mengajar manusia bagaimana hendak pastikan kebaikan tercapai.

-Contoh – Manusia dilarang mencuri. Maka manusia diwajibkan keluarkan zakat (pada kadar & syarat tertentu). Jika
berlaku kecurian, hukuman (dengan syarat-syarat tertentu) yang berat akan dikenakan.

Islam adalah cara hidup yang menyeluruh

-Islam adalah satu-satunya agama yang menyediakan undang-undang kekeluargaan, pembahagian harta pusaka,
peperangan, pemerintahan dll yang semuanya ada diceritakan di dalam Quran dan Sunnah.


Kenapa Cipta Non Muslim?

Soalan detail: Jika Allah adil, kenapa tidak dicipta semua manusia sebagai Muslim?

Semua dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka semua adalah Muslim ketika dilahirkan. Yang penting ialah keadaan mati,
bukan lahir.

2:6 “Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri
amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman”

17:15 Tanggungjawab diletak selepas seseorang telah melihat dan mendengar petunjuk

Bukan semua non Muslim adalah kafir – Perkataan kafir adalah datang daripada perkataan kafara, iaitu menolak
kebenaran. Jika seseorang non Muslim itu tidak pernah mendengar mengenai kebenaran Islam atau tidak pernah
diterangkan mengenai kebenaran Islam, maka tidak timbul persoalan bahawa dia telah menolak Islam. Penolakan
terhadap Islam hanya berlaku jika dia telahpun mendengarnya, tetapi dia dengan sengaja menolaknya.

4:40 Allah tidak menganiaya walau seberat zarah.

Syahadah boleh terbatal – Sebagai Muslim, kita belum tentu akan kekal dalam Islam ketika kita mati nanti, kerana ada
juga di kalangan Muslim yang dengan sengaja mensyirikkan Allah dengan apa saja cara. Maka orang yang dilahirkan
dalam keluarga Muslim belum tentu akan kekal Islam.

Analogi: Markah peperiksaan bergantung kepada tahap ujian

Muslim diuji dengan hebat oleh Allah semasa di dunia. Walaupun ujian kepada Muslim lebih besar daripada non Muslim,
tetapi “markah lulus” Muslim untuk memasuki syurga adalah rendah. Contohnya, jika seseorang guru memberi soalan
ujian yang begitu susah, maka markah lulus akan direndahkan kepada 30%.

Non Muslim (BUKAN kafir) juga diuji oleh Allah. Tetapi ujian mereka tidaklah sehebat Muslim. Maka “markah lulus” bagi
mereka ke syurga adalah tinggi. Contohnya, jika seseorang guru memberi soalan ujian yang begitu senang, maka
markah lulusnya akan ditinggikan kepada 70%.

Contoh kes: Adebayor adalah seorang lelaki yang tinggal di kawasan hutan Afrika. Sejak kecil hingga ke tua dan
seterusnya mati, dia langsung tidak pernah mendengar tentang agama Islam. Sepanjang hidupnya, beliau selalu berfikir
tentang kewujudan Pencipta, tetapi beliau tidak tahu siapakah Pencipta itu. Beliau juga mempunyai akhlak yang baik.
Walaubagaimanapun, beliau menyembah pokok dan alam kerana itulah yang diajar oleh nenek moyang, biarpun di hati
kecilnya meragui amalan tersebut. Maka apakah kemungkinan nasib orang seperti ini berdasarkan 2:6, 17:15 dan 4:40?
Allah sahaja yang tahu “markah lulus”nya.




Logged


~yatt~
Global Moderator
*****

Karma: +0/-0
Offline Offline

Gender: Female
Posts: 31



« Reply #1 on: 09 December, 2009, 06:05:35 PM »

Part 2

Makan binatang

Persoalan detail: Kenapakah orang Islam makan binatang? Bukankah ini perbuatan kejam?


Kerana Allah izinkan.

16:5 ”Dan binatang-binatang ternak itu, Ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang
memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan”

Sistem gigi dan sistem penghadaman.

Haiwan herbivor dan karnivor dicipta dengan sistem gigi dan sistem penghadaman yang sesuai dengan pemakanan
masing-masing. Begitu juga haiwan omnivor dan manusia yang dicipta dengan keadaan sistem gigi dan sistem
penghadaman yang sesuai untuk memakan tumbuhan dan daging. Jika Tuhan melarang manusia daripada memakan
haiwan, maka kenapakah Tuhan mencipta manusia dengan sistem gigi dan penghadaman yang sesuai untuk kedua-dua
jenis makanan?

Tumbuhan juga bernyawa.

Kajian sains moden telahpun membuktikan bahawa tumbuh-tumbuhan juga mempunyai nyawa. Maka, seseorang
vegetarian sepatutnya dianggap lebih kejam kerana banyak nyawa tumbuhan perlu dikorbankan untuk dimakan oleh
hanya seorang vegetarian sahaja. Bayangkan berapa ratus nyawa perlu dikorbankan dengan hanya sekali memakan
nasi?! Sedangkan satu nyawa lembu yang dikorbankan boleh dimakan oleh ramai orang! Maka siapa lebih kejam? Oleh
itu, tidak timbul soal zalim kepada haiwan mahupun tumbuhan yang dimakan oleh manusia.

Islam agama universal.

Seandainya manusia hanya dibenarkan memakan tumbuhan, maka bagaimana pula dengan penduduk padang pasir
dan eskimo hendak makan? Adakah penduduk di sana perlu memakan kaktus masak kari pada hari ini, kaktus masak
lemak esok hari, kaktus masak kicap hari berikutnya, dan kaktus masak kurma pada hari seterusnya? Atau penduduk
Eskimo perlu menyelam ke dalam air untuk mencari rumpai laut?

Walaubagaimanapun, bukanlah menjadi masalah dan kesalahan jika seseorang Muslim ingin menjadi Vegetarian.
 

Doa Tak Makbul

Penerangan Persoalan: Adalah mudah untuk kita menerangkan sebab musabab mengapa doa seseorang itu tidak
dimakbulkan Tuhan jika orang yang bertanya itu adalah seorang Muslim yang tiada masalah akidah. Tetapi jika orang
yang bertanya itu adalah seorang yang mempunyai masalah akidah, dan merancang untuk cuba berdoa kepada tuhan
agama lain (berpotensi/ merancang untuk murtad), maka untuk menerangkan persoalan ini memerlukan sedikit point
tambahan.

13:11 “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri”

Tidak ada satu agama pun yang penganutnya 100% kaya atau 100% miskin, 100% pandai atau 100% #####. Atau
dengan kata lain, tiada satu agama pun yang penganutnya dapat 100% atau tak dapat 100% perkara yang dikehendaki.
Maka, apabila doa dimakbulkan atau tidak dimakbulkan bukanlah jadi pengukur kepada kebenaran satu-satu agama.
Malah Allah membantu semua manusia tanpa mengira kaum dan agama.

2:216 “…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu
padahal ia buruk bagi kamu”

Cara-cara doa dimakbulkan: -

- Serta merta atau ditangguhkan

- Digantikan dengan yang lebih baik

- Dibalas di akhirat


Ah Chong Baik vs Ali Jahat.

Persoalan detail: Ah Chong adalah seorang non Muslim yang amat baik dan cantik akhlaknya. Manakala Ali pula adalah
seorang Muslim yang amat jahat dan buruk akhlaknya. Tetapi apabila kedua-duanya mati, Ah Chong akan dimasukkan
ke dalam neraka SELAMA-LAMANYA, sedangkan Ali akan masuk syurga setelah hukuman dikenakan ke atasnya. Ini
TIDAK ADIL!


Situasi kes – Ah Chong telah diterangkan tentang Islam dengan jelas, tetapi beliau menolaknya, manakala Ali pula yakin
dengan Islam tetapi banyak melakukan kejahatan dan hanya sedikit kebaikan.

51:56 Tujuan penciptaan jin dan manusia adalah untuk worship Tuhan Pencipta makhluk-makhluk ini, i.e. Allah.

103:1-3 Iman adalah salah satu syarat supaya manusia tidak rugi dengan kata sebenar.

4:48,116 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya, dan akan mengampunkan
dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya)”

Dosa syirik adalah dosa terbesar. Manakala dosa-dosa selain syirik boleh diampunkan Allah biarpun orang yang berdosa
itu tidak meminta ampun.

Analogi: Pekerja kedai

Ah Chong dan Ali ditemuduga untuk bekerja di sebuah kedai. Mereka diterangkan dengan jelas mengenai tugasan
mereka. Di antaranya adalah perlu datang kerja pada pukul 9 pagi, balik pukul 6 petang, mop lantai kedai, layan
customer dengan mesra dan yang paling penting ialah wajib memasukkan hasil jualan ke dalam akaun syarikat.

Setelah kedua-duanya mula bekerja, Ali tidak patuh kepada kebanyakan daripada arahan syarikat. Hari-hari beliau
masuk kerja pukul 10 pagi, balik pukul 5 petang, tidak pernah mop lantai, melayan customer dengan amat kasar, di
Diskusi MMP - Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) Kota Bharu fireboard Forum Component version: 1.0.0-beta Generated: 9 December, 2009, 18:30
mana akibatnya hasil jualan yang diperolehinya amat sedikit. Tetapi biarpun sedikit perolehan, beliau tetap memasukkan
duit itu ke dalam akaun syarikat.

Manakala Ah Chong pula berwatak sebaliknya. Beliau amat patuh dengan hampir semua arahan syarikat. Hari-hari
beliau masuk kerja pukul 8 pagi, balik pukul 7 petang, setiap hari mop lantai sebanyak dua kali, melayan customer
dengan amat mesra, di mana akhirnya hasil jualannya menjadi amat luarbiasa. Walaubagaimanapun, keuntungan yang
begitu lumayan tidak dimasukkan ke dalam akaun syarikat. Sebaliknya beliau memasukkan ke dalam akaun lain.

Maka siapakah yang akan dilaporkan kepada pihak polis dan seterusnya akan dikenakan hukuman berat?


Takdir Syurga / Neraka

Persoalan detail: Di dalam Islam, setiap manusia telahpun ditakdirkan nasibnya sama ada akan ke syurga ataupun ke
neraka. Maka ini adalah suatu perkara yang amat tidak adil kepada yang ditakdirkan akan ke neraka.


13:11 “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri”

85:16 “Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakiNya”

Allah tidak jadikan makhluknya seperti “Robot”.

Allah memilih untuk memberi kebebasan (dari segi kemampuan atau ability) kepada makhlukNya untuk berfikir, dan juga
kebebasan (dari segi kemampuan atau ability) melakukan apa-apa yang dihajati makhluk itu. Sememangnya Allah
mampu mentakdirkan (menentukan, mengawal) setiap gerakan pada setiap detik kepada setiap makhlukNya sejak mula
hidup hingga ke mati, dan menjadikan setiap makhlukNya umpama Robot, tetapi Allah memilih untuk memberi
kebebasan tadi.

Faculty of Intellect.

Di samping kebebasan yang diberikan, Allah juga membekalkan kita dengan Faculty of Intellect supaya manusia
membuat pilihan.

14:22 “Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "…dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa
mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka
janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri…”

Syaitan sendiri akui semasa hari kiamat nanti, bahawa dia tidak berkuasa untuk pengaruhi manusia. Dia hanya
menggoda, tetapi manusia yang memilih sama ada untuk mengikut atau sebaliknya.

4:40 “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali aniaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal
seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan digandakannya…”

Manusia sentiasa berpeluang mendapat ganjaran di sisi Allah dalam semua amalan baik yang dilakukan biarpun
kebaikan itu adalah perkara kecil. Maka peluang menukar takdir kepada yang lebih baik sentiasa terbuka.

sumber: Diskusi MMP - Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) Kota Bharu
Logged


KLIA-COMMUNITY
   

 Logged
Pages: [1]   Go Up
Print
 
Jump to:  

TinyPortal v1.0 beta 4 © Bloc
Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC | Theme PS-Black By Fussilet

Page created in 0.207 seconds with 41 queries. (Pretty URLs adds 0.019s, 2q)