*
Your Ad Here
Pages: [1]   Go Down
Author Topic: RULES !! PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI !!  (Read 230 times)
admin
Administrator
*****

Karma: +15/-0
Offline Offline

Gender: Male
Posts: 25



« on: 30 July, 2009, 12:24:44 AM »

Anda diminta membaca dan mematuhi peraturan-peraturan forum seperti yang telah ditetapkan di bawah :-

 

   1. Sila berforum dengan berhemah tanpa menggunakan kata-kata kesat, memaki hamun, mengutuk sesama sendiri & mengeluarkan kata-kata yang berbentuk provokasi terhadap sensiviti sesuatu isu & berbentuk perkauman.
   2. Spam, mencelah dengan kata-kata berbentuk promosi atau provokasi (hijack), berbual kosong atau lari dari tajuk topik (offtopic) adalah tidak dibenarkan.
   3. Setiap topik/post yang berbentuk taktik mahupun strategi mempromosi website/blog yang digunakan semata-mata untuk mendapatkan traffic/backlink adalah tidak dibenarkan kecuali di letakkan sebagai "footer Signature"
   4. Setiap topik/post yang berbentuk taktik, strategi mahupun spontan yang mempromosi sebarang produk, perkhidmatan atau sebagainya adalah tidak dibenarkan. Semua promosi mestilah dilakukan di dalam child boards "MAKE MONEY, CLASSIFIEDS & ADVERTISEMENT".
   5. Pembukaan topik baru mengenai perkara/isu/program/cerita/artikel sama/lebih kurang sama seperti yang telah dibincangkan terdahulu adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, anda di nasihatkan supaya membuat pencarian terlebih dahulu sebelum membuka topik baru.
   6. Spam & sebarang bentuk promosi di dalam "Private Message" adalah tidak dibenarkan. Sekiranya aduan diterima, akaun anda akan ditamatkan untuk tempoh yang tetap (Permanently Ban).
   7. Anda tidak dibenarkan membuka lebih dari SATU ID. Sekiranya dikesan, akaun anda akan ditamatkan untuk tempoh yang tetap (Permanently Ban).
   8. Sebarang promosi terhadap sebarang item/website/3rd party link website/apa-apa material yang mengandungi unsur-unsur cetak rompak atau produk & perkhidmatan yang merujuk dari sumber yang tidak sah/menyalahi undang-undang Kerajaan Malaysia adalah tidak dibenarkan.
   9. Segala posting yang berbentuk samar-samar, tidak dikenalpasti apakah bentuk tujuannya & peluang, meminta ahli lain meletakkan email ataupun menghubungi menerusi "Private Message" adalah TIDAK DIBENARKAN. Anda harus menyatakan apa jenis peluang, program dan bentuk bisnes yang dibincangkan, tanpa perlu menyembunyikan sesuatu perkara.
  10. Sekiranya anda ingin membuka sesuatu topik, pastikan anda mematuhi prosedur, peraturan & larangan yang telah ditetapkan di ruangan mengisi topik baru (New Thread)
  11. Perbincangan sesama ahli adalah di dalam forum semata-mata, tanpa perlu mengajak/mempromosi ke tempat perbincangan/kumpulan selain di dalam forum.
  12. Posting yang berbentuk semata-mata image 'smilies' atau ayat-ayat yang tidak berfaedah seperti "tumpang lalu", paste " Currently Active Users Viewing This Thread:" dan apa-apa ayat yang boleh diklasifikasikan sebagai tidak berfaedah adalah suatu bentuk Spam. Spam sama sekali tidak dibenarkan di dalam forum.

Segala peraturan di atas adalah untuk memastikan keberkesanan perjalanan forum dan lebih tersusun. Kami mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih di atas segala kerjasama anda dalam mematuhi peraturan-peraturan forum.
Logged

Powered by KLIA COMMUNITY

KLIA-COMMUNITY
   

 Logged
Pages: [1]   Go Up
Print
 
Jump to:  

TinyPortal v1.0 beta 4 © Bloc
Powered by SMF 1.1.11 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC | Theme PS-Black By Fussilet

Page created in 0.152 seconds with 36 queries. (Pretty URLs adds 0.006s, 2q)